Monday, April 25, 2016

Anugerah Veteran Istiqamah sempena Mesyuarat Agung ke 27

Seramai 4 orang veteran PAS Johor Bahru dari pelbagai latar belakang diberikan penghargaan sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Johor Bahru kali ke-27. Mesyuarat Agung ini telahpun di rasmikan oleh Profesor Zainal Abidin Kidam selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan turut hadir ialah Dr Mohd Mazri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Johor Bahru merangkap Timbalan Pesuruhjaya III Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Penerima-penerima anugerah terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka terdiri dari Ust Ab Rahman Muhammad yang aktif tahun 80an berceramah disana sini dan antawa pencetus idea tertubuhnya PASTI di Johor Bahru kesinambungan dari Tadika Al-Islah.Beliau kini adalah Ketua Cawangan PAS Bandar Baru Uda dan penceramah bebas di masjid dan surau sekitar Johor Bahru, penerima kedua pula adalah Mat Anafi Mat Hussin yang berasal dari Kelantan yang sudahpun berhijrah ke Johor Bahru sejak muda dan walaupun lanjut usia masih sedia berkhidmat dan di gelar panglima perang poster.

Penerima ketiga pula adalah wartawan tahun 70an - 80an Abd Rahman Bin Mohd Kassim ataupun nama penanya Abdul Rahman Bakree, beliau yang berasal dari Pahang mengenali PAS sekian lama dan semasa berhijrah ke Johor Bahru antara yang awal beliau cari ialah di mana dia markaz PAS dan ceramah PAS, anak-anak beliau adalah antara generasi pertama PASTI Johor Bahru yang mula dibuka pada tahun 1989. Disaat getir suasana orang yang bimbang dengan politik PAS semasa pilihanraya beliau adalah antara orangnya yang sanggup mencetak poster-poster calon PAS.

Dan terakhir sekali Hajjah Rahimah Ketot yang kini berumur 75 tahun yang menyertai PAS semasa remaja umur belasan tahun lagi di zaman Yang Dipertua Agung PAS waktu itu Almarhum Dato Asri Muda. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Muslimat PAS Negeri Melaka dan telahpun berceramah di serata pelusuk semenanjung bersama-sama Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu Almarhum Ustaz Jaiz Anwar. Kini beliau kekal istiqamah dan dilantik selaku Ketua Cawangan Desa Melayu, Majidee Baru Johor Bahru dan mungkin boleh dikirakan satu-satunya muslimat yang dilantik selaku ketua cawangan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, cukuplah kita menjadi saksi betapa mereka cekal, tabah dan istiqamah dalam PAS walaupun ada ribut membadai dan tawaran meninggalkan PAS mereka membuktikan kesetiaan mereka pada PAS.

Thursday, April 21, 2016