PASTI Al-Harith Asad Al-Muhasibi, Bandar Baru Uda
PASTI AsSyahid Sayyid Qutb, Kg Melayu
PASTI AsSyahid Sayyid Qutb, Kg Melayu
Alhamdulillah dengan nikmat dan kurnia Allah Subhana Taala, sesi persekolahan 2011 akan di buka semula. Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih di kenali lagi sebagai tadika PASTI juga tidak ketinggalan untuk di coret sejarah antara penyumbang kepada perkembangan pendidikan Islam di negara ini.
PASTI Johor Bahru yang di buka pada tahun 1989 iaitu kira-kira hampir 22 tahun yang lalu, kini masuk usia yang dikirakan cukup matang dalam mencetak anak-anak untuk mengikut acuan Islam yang sebenar.
Usaha amilin-amilin PAS yang cintakan Islam, telah membuahkan hasil yang masak. PASTI Johor Bahru cukup berbangga dengan pencapaian PASTI Johor yang kini mempunyai puluhan rangkaian di seluruh pelusuk negeri Johor dan ratusan lagi di seluruh negara.
PASTI pernah di uji dengan mehnah dan tribulasi baik dari kerajaan yang memerintah mahupun orang-orang perseorangan yang tidak mengerti dan menghormati organisasi. Tetapi itu semua tidak menjadi alasan untuk PASTI terus bangkit sebagai medan alternatif pilihan ibu bapa untuk terus menghantar anak-anak mereka ke PASTI.
PASTI mencapai zaman gemilangnya pada tahun 90an dahulu bilamana gelombang kebangkitan Islam mencapai kemuncaknya. Rangkaian PASTI ketika itu tidak menang tangan menyambut pendaftaran anak-anak PASTI sehingga di sesetengah tempat terpaksa di wujudkan sesi pagi dan petang bagi menampung keperluan pasaran yang mendesak.
Peristiwa runtuhnya Menara World Trade Centre di New York pada 11 September 2001 menjadi titik tolak pertama sekolah-sekolah agama dilabelkan dengan pelbagai nama yang tidak baik seterusnya di lancarkan perang terhadap Afghanistan dan Iraq menjadikan dunia Islam seluruh dunia di rundung malang dan duka.
2003 adalah tahun tribulasi bilamana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ketika itu mengumumkan bantuan berkapita kepada sekolah-sekolah agama kerajaan dek kerana tunduk dengan tekanan Amerika yang mengatakan sekolah-sekolah agama ini adalah tempat melahirkan pengganas dan penyokong-penyokong yang melawan kerajaan.
PASTI pada waktu itu mengalami kemerosotan pendaftaran pelajar yang cukup drastik dan kini kitaran masa itu semua sudah berlalu. PASTI kini terus bangkit dengan mendepani cabaran dengan melangkah ke hadapan.
Tidak terkecuali PASTI Johor Bahru dengan ini mengumumkan pembukaan rangkaian PASTInya yang ketiga di Parlimen Johor Bahru yang di beri nama PASTI AsSyahid Sayyid Qutb yang beralamat di No 84 Jalan Merdeka, Kampung Melayu.
Nama-nama PASTI juga di beri penjenamaan semula, dengan mengambil keberkatan nama-nama para alim ulama mujtahid yang di kenang nama-nama mereka ini sepanjang zaman. Jangan lepaskan peluang ini, kalau anak-anak orang Umnopun belajar di sini takkanlah yang lain-lain mahu ketinggalan....