Friday, August 26, 2016

Tuesday, July 19, 2016

Monday, April 25, 2016

Anugerah Veteran Istiqamah sempena Mesyuarat Agung ke 27

Seramai 4 orang veteran PAS Johor Bahru dari pelbagai latar belakang diberikan penghargaan sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Johor Bahru kali ke-27. Mesyuarat Agung ini telahpun di rasmikan oleh Profesor Zainal Abidin Kidam selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan turut hadir ialah Dr Mohd Mazri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Johor Bahru merangkap Timbalan Pesuruhjaya III Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Penerima-penerima anugerah terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka terdiri dari Ust Ab Rahman Muhammad yang aktif tahun 80an berceramah disana sini dan antawa pencetus idea tertubuhnya PASTI di Johor Bahru kesinambungan dari Tadika Al-Islah.Beliau kini adalah Ketua Cawangan PAS Bandar Baru Uda dan penceramah bebas di masjid dan surau sekitar Johor Bahru, penerima kedua pula adalah Mat Anafi Mat Hussin yang berasal dari Kelantan yang sudahpun berhijrah ke Johor Bahru sejak muda dan walaupun lanjut usia masih sedia berkhidmat dan di gelar panglima perang poster.

Penerima ketiga pula adalah wartawan tahun 70an - 80an Abd Rahman Bin Mohd Kassim ataupun nama penanya Abdul Rahman Bakree, beliau yang berasal dari Pahang mengenali PAS sekian lama dan semasa berhijrah ke Johor Bahru antara yang awal beliau cari ialah di mana dia markaz PAS dan ceramah PAS, anak-anak beliau adalah antara generasi pertama PASTI Johor Bahru yang mula dibuka pada tahun 1989. Disaat getir suasana orang yang bimbang dengan politik PAS semasa pilihanraya beliau adalah antara orangnya yang sanggup mencetak poster-poster calon PAS.

Dan terakhir sekali Hajjah Rahimah Ketot yang kini berumur 75 tahun yang menyertai PAS semasa remaja umur belasan tahun lagi di zaman Yang Dipertua Agung PAS waktu itu Almarhum Dato Asri Muda. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Muslimat PAS Negeri Melaka dan telahpun berceramah di serata pelusuk semenanjung bersama-sama Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu Almarhum Ustaz Jaiz Anwar. Kini beliau kekal istiqamah dan dilantik selaku Ketua Cawangan Desa Melayu, Majidee Baru Johor Bahru dan mungkin boleh dikirakan satu-satunya muslimat yang dilantik selaku ketua cawangan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, cukuplah kita menjadi saksi betapa mereka cekal, tabah dan istiqamah dalam PAS walaupun ada ribut membadai dan tawaran meninggalkan PAS mereka membuktikan kesetiaan mereka pada PAS.

Thursday, April 21, 2016

Wednesday, February 17, 2016

Himpunan Amilin PAS Johor Bahru 2016







                                     

Monday, December 28, 2015

Kunjungan Timbalan Presiden PAS ke Johor Bahru

Kunjungan Timbalan Presiden PAS ke Johor Bahru. Jemput semua hadir dengar sendiri pandangan isu-isu semasa dalam negara dan PAS sendiri..

Thursday, October 8, 2015

Wednesday, February 4, 2015

Terus Istiqamah Menangkan Islam

Terus Istiqamah Menangkan Islam, jemput semua hadir bersama keluarga dan rakan-rakan ke Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Johor Bahru
Sabtu 07/02/2015 bermula 07:00 - 10:45 malam

Sunday, August 24, 2014

PASTI Kawasan Johor Bahru Juara Alam Ria PASTI Johor 2014

Alhamdulillah PASTI Kawasan Johor Bahru berjaya menjadi johan keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Johor sekaligus mengulangi sejarah tahun 2009 yang lalu...







Tuesday, August 12, 2014

Monday, May 5, 2014

Lawatan Pemuda ke Indonesia sempena Pemilu 2014

Pertemuan ramah mesra bersama Ustaz Mahyeldi Ansharullah Dato Bandar (Wali Kota) Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Di Pulau Galang, Batam
Rombongan Dewan Pemuda PAS Johor baru tiba di Bandara Udara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat dalam lawatan kerja bertemu pimpinan Partai Keadilan Sejahtera sekaligus pemerhati Pemilu 2014 Indonesia

Rombongan Dewan Pemuda PAS Johor bergambar kenangan selesai usrah ukhuwah bersama pimpinan dan pendokong Partai Keadilan Sejahtera Kota Solok, Sumatera Barat Indonesia